Tentang Seminar

 

Perkahwinan merupakan fitrah semula jadi dalam diri setiap manusia. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika Nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda sendiri keseorangan. Lantas, Allah S.W.T yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam di syurga.

Kisah Adam dan Hawa ini membenarkan firman Allah S.W.T yang termaktub di dalam ayat di atas. Fitrah manusia yang mempunyai perasaan dan keinginan untuk berpasangan adalah satu anugerah Allah S.W.T kepada semua manusia bagi menjamin keharmonian hidup manusia itu sendiri, seterusnya menyuburkan rasa syukur dan taqwa kepada-Nya. Maka, sewajarnya manusia melihat ini sebagai tanda-tanda keagungan Allah S.W.T.

Islam sebagai sebuah agama yang lengkap dan menyeluruh memandang berat hal ini, lalu Allah S.W.T memberikan garis panduan serta tatacara untuk memenuhi tuntutan fitrah ingin berpasangan yang selaras dengan kehendak-Nya. Di sinilah timbulya konsep Baitul Muslim yang membawa maksud rumah tangga Muslim yang berpandukan Syariat Allah S.W.T dalam setiap perkara perkahwinan dan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, umat Islam mutakhir semakin kurang mengambil berat tentang hal ini. Kebanyakannya sudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang asing dari ajaran Islam yang sebenar. Urusan Baitul Muslim sudah tersasar dari landasannya, lalu menyebabkan permasalahan rumah tangga yang kian meruncing dalam masyarakat Islam hari ini seperti peningkatan kes penceraian, sumbang mahram, zina dan sebagainya.

Justeru, Seminar Baitul Muslim 3.0 dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk mengajak masyarakat kembali merujuk kepada sumber-sumber Islam untuk urusan Baitul Muslim. Tambahan pula, kejayaan di luar jangkaan seminar sebelum ini yang menunjukkan minat dalam kalangan umat Islam untuk mendalami ilmu pengetahuan dan mencari jalan keluar daripada kemelut yang berlaku dalam kehidupan.

 

============================================

MAKLUMAT SEMINAR

Tarikh     : 1 & 2 Mac 2014

Masa       : 8.30 pagi – 10.00 malam

Tempat  : Putrajaya International Convention Centre (PICC)

 

============================================

OBJEKTIF SEMINAR

1) Memberi gambaran yang lebih jelas tentang konsep Baitul Muslim dalam Islam serta isu-isu berkaitan dengannya mengikut garis panduan yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

2) Memberi pendedahan tentang aspek-aspek penting untuk melangsungkan perkahwinan dan mendirikan rumah  tangga, yang sering diabaikan atau terlepas pandang oleh ahli masyarakat.

3) Mengenengahkan tokoh-tokoh yang berpengalaman dan berjaya sebagai role model untuk dicontohi ahli masyarakat terutama bagi aspek perkahwinan dan pembinaan rumah tangga.

4) Membuka peluang kepada remaja dan belia untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan berhubung isu Baitul Muslim daripada pakar dalam bidang yang berkenaan.

5) Membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas rumah tangga yang lebih luas kepada para peserta sebagai tambahan kepada pengisian yang diterapkan dalam kursus kahwin.

 

============================================

APA YANG ANDA AKAN DAPAT DARI SEMINAR INI?

> Mengetahui cara menjaga hubungan suami isteri

> Membentuk ‘mindset’ & hati yang betul terhadap perkahwinan.

> Mengetahui & memahami hak & tanggungjawab suami isteri.

> Pendedahan berkenaan pengurusan kewangan selepas bernikah.

> Bagaimana menjaga kesihatan suami, isteri & keluarga

> Gambaran dan perkongsian tentang bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah

> Rahsia Pembinaan rumahtangga sebagai tapak perjuangan

> Bagaimana menguruskan konflik dan masalah keluarga dengan baik

> Memberi pencerahan berkenaan konsep poligami menurut Islam

 

============================================

SIAPA YANG PATUT HADIRI SEMINAR INI?

* Belia

* Ibu Bapa

* Dan mereka yang belum berkahwin, akan berkahwin dan telah berkahwin :)

 

Trackbacks & Pings